? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 4, 2009

AKTIVITI 3 :ULASAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN

TUGASAN 3 ( i ) : PEMBENTANGAN 1

TAJUK PEMBENTANGAN:
Meningkatkan Penguasaan Huruf Hijaiyyah Dengan Menggunakan Pendekatan Talaqqi (Berhadapan Dengan Guru) Bagi Pelajar Bermasalah Pendengaran Tingkatan Lima Smpk Vokasional Shah Alam (P)

OLEH:

Nor Afsah Binti Md. Noor, Asparila Binti Che Mat dan Nawal Binti Samsudin

PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dijalankan kerana terdapat sebilangan besar pelajar tingkatan lima tidak dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan baik. pendekatan talaqqi diperkenalkan untuk membolehkan murid mengenal huruf hijaiyyah seterusnya menguasai pmbacaan dan penulisan jawi. Pengkaji akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar dan tahap pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pendekatan ini juga membolehkan pengkaji memberi tumpuan atau fokus yang lebih terhadap seseorang pelajar.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini dijalankan dengan melalui langkah seperti berikut :
Pemerhatian : Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengenal dan mengingat huruf-huruf hijaiyyah.
Masalah Berbangkit : Pelajar tidak menguasai huruf hijaiyyah kerana mata pelajaran jawi tidak diajar. Malahan mata pelajaran pendidikan Islam turut diajar dalam bahasa Melayu.
Perancangan : Pengkaji menjalankan kelas jawi selepas waktu persekolahan. Sekiranya pendekatan pengajaran ini tidak berkesan, pengkaji akan memperkenalkan pendekatan talaqqi.
Tindakan : Pengkaji mengajar seramai 15 orang pelajar secara bergilir-gilir dan membuat penilaian terhadap penguasaan pelajar terhadap pengajaran yang dilakukan.

Pengkaji membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan dan setiap 5 orang pelajar seorang guru yang akan memantau dan mengajar mereka. Pengajaran dilakukan secara berdepan dengan pelajar agar guru dapat memantau pelajar yang lemah ingatannya dalam mengingat huruf-huruf hijaiyyah. Ujian diberikan selepas beberapa kali pengajaran dijalankan untuk menilai tahap ingatan dan penguasaan para pelajar.

SETTING KAJIAN
Kajian ini dibuat di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (P), Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan selama satu bulan.

SAMPEL KAJIAN
Kajian ini melibatkan 15 orang pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (P), Selangor. Mereka terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data. Data yang telah didapati kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.
Pemerhatian : Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian untuk membandingkan reaksi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian ini juga digunakan untuk melihat perubahan tingkah laku dan tumpuan pelajar apabila diperkenalkan dua jenis pendekatan.
Rakaman Video : Pengkaji merakam reaksi dan penglibatan pelajar sepanjang sesi pengajaran secara ramai dan berhadapan dengan guru. Rakaman video digunakan bertujuan untuk melihat reaksi dan penglibatan murid terhadap pendekatan talaqqi bagi penguasaan huruf hijaiyyah yang digunakan di dalam kelas.
Ujian Formatif : Penyelidik menyediakan ujian di mana para pelajar perlu mengisi tempat kosong bagi menguji penguasaan pelajar pada setiap kitaran.
Pelajar akan menjawab set soalan yang sama pada setiap kitaran. Akhir sekali, jawapan pelajar akan dikumpulkan dan dianalisis bagi melihat sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam huruf hijaiyyah.Seterusnya peratus pelajar yang menjawab soalan dengan betul akan dibandingkan di antara kitaran 1 dengan kitaran 2.
Temubual : Kaedah ini akan dijalankan kepada guru Pendidikan Islam.
- Bagaimanakah tahap pembacaan jawi di kalangan pelajar
- Bagaimana pencapaian prestasi akademik pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam?
- Adakah para pelajar dapat mengenal huruf-huruf jawi (hijaiyyah) dengan baik?

IMPLIKASI KAJIAN
Setelah penyellidik membuat analisis terhadap ujian formatif yang dijalankan, pengkaji mendapati proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan talaqqi yang diperkenalkan kepada pelajar telah memberi kesan yang positif. Ia dapat dilihat melalui analisis pencapaian ujian formatif sebelum dan selepas diperkenalkan pendekatan talaqqi.

MANFAAT PERKONGSIAN ILMU
Pada pendapat saya, kajian ini menepati ciri-ciri kajian tindakan. Selain itu, Saya dapat menimba ilmu bahawa satu kaedah kreatif diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dengan melaksanakan sesuatu teknik yang memerlukan komitmen yang tinggi dari guru. Sebagai seorang guru, perhatian terhadap murid perlu diadaptasikan dengan kemampuan dan kebolehan pelajar yang terlibat.

DISEDIAKAN OLEH,

Mohd Fadzli Bin Samsudin
P52024 DPLI UKM 09

0 comments: