? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 17, 2009

MINI KAJIAN TINDAKAN

Wednesday, December 9, 2009

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 : KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL KAJIAN

Puzzle boleh didefinisikan sebagai masalah atau enigma yang menguji kepintaran orang yang menyelesaikannya. Kadang kala, puzzle juga dicipta sebagai satu bentuk hiburan atau permainan. Oleh itu, puzzle boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti dalam proses pembelajaran pelajar kerana ianya merupakan bentuk permaianan yang menyeronokan. Pelajar akan berasa seronok untuk belajar apabila aktibviti pengajaran guru melibatkan permainan yang boleh membantu pembelajaran mereka.

Melalui aktiviti puzzle ini, ia boleh membantu merangsang daya ingatan pelajar dalam mengingati fakta dalam pelajaran. Ini kerana, sambil bermain untuk menyelesaikan masalah pelajar juga perlu mengingati fakta yang telah dipelajari bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik dalam tugas yang diberikan melalui aktiviti puzzle tersebut.

Selain itu, semangat kerjasama pelajar juga dapat dipupuk melalui aktiviti permainan puzzle ini kerana pelajar perlu berada di dalam kumpulan untuk bersama-sama menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pelajar perlu bersama bergerak dan memberikan sumbangan idea untuk memastikan hasil dan penyelesaian bagi aktiviti puzzle tersebut adlah yang terbaik.

Monday, November 30, 2009

AKTIVITI 12 : TUGASAN 4 : PERMURNIAN MINI KAJIAN TINDAKAN

,
Kaedah kuliah atau kaedah konvensional menyebabkan ramai pelajar menjadi bosan dengan p&p yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar tidak sampai sepenuhnya secara maksimum. Untuk itu, guru perlu mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan pelajar terhadap p&p.

Kaedah yang dicadangkan adalah melalui aktiviti permainan puzzle yang dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar merangsang daya ingatan.

AKTIVITI 11 : TUGASAN 2 : APA DAN BAGAIMANA MELAPORKAN MASALAH KAJIAN

JURNAL 1

Tajuk: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities In a Sixth Grade
Courtney Kosky, & Reagan Curtis, 2008, social studies classroom. Journal of Social Studies Research 32(1): 22-27.

Masalah kajian :

Masalah yang cuba diselesaikan ialah meningkatkan motivasi pelajar yang kurang minat dengan pembelajaran sains sosial. Bagi meningkatkan minat dan penglibatan pelajar ialah dengan menerapkan seni di dalam proses pembelajaran di peringkat sekolah.


Sampel Kajian:

Pelajar (650 orang) gred 6 dalam mata pelajaran social studies, sekolah West Virginia, US

Setting Kajian:

Dalam kelas (Classroom)

Prosedur Kajian :

Kajian ini dibuat oleh guru pratikal dan dibimbing oleh guru dan pensyarah sepanjang proses kajian dilaksanakan. Kajian dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitunsebanyak 20 masa P&P. Kajian ini ingin melihat pelajar bergiat aktif di dalam proses P&P yang dilakukan.

Metodologi:

Subjek yang terlibat adalah subjek pendidikan seni yang mana ia dihubungjalinkan bersama subjek pendidikan sosial. Pelajar akan diberikan tugasan atau projek untuk dilaksanakan dan dikehendaki membentangkan hasil dengan kreatif.
Pengumpulan Data:

Proses pengumpulan dilaksanakan dari masa ke semasa melalui kaedah temubual, catatan guru berkait rapat dengan tahap pelajar dan maklumbalas pelajar secara bertulis.

Analisis Data:

Bagi meningkatkan pengajaran selanjutnya, refleksi akan dilakukan dari di dalam kelas melalui komen bertulis pelajar dan penilaian terhadap pelajar melalui uajian dan tugasan yang diberi. Hasil dari refleksi tersebut ia akan digunakan untuk tindakan seterusnya.
Kesimpulan:

Secara keseluruhannya, kajian ini berkenaan dengan cara meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran



JURNAL 2

Action Research on the Development of a Caring Curriculum in Taiwan : Part II

Masalah Kajian :

Jurnal ini mengkaji masalah terhadap Caring Curriculum iaitu penglibatan dalan merekabentuk, membangunkan, melaksanakan dan menilai terhadap kursus perlindungan dan penjagaan bagi program ijazah kejururawatan di Taiwan.


Artikel ini mempersembahkan pembangunan, rekabentuk. Perlaksanaan, dan penilaian terhadap kursus tahun 3 dalam ‘caring curriculum’ (kursus perlindungan atau penjagaan) yang di buat untuk program ijazah kejururawatan 5 tahun di Taiwan. Kursus yang bertajuk ‘Application of Caring Concept’ yang mana diajar kepada lebih daripada 800 pelajar oleh 16 pelatih yang direkrut daripada pelbagai bahagian. Pelatih-pelatih tersebut telah menghadiri bengkel dan seminar berkenaan kursus tersebut dan seterusnya membangunkan bahan-bahan kursus dan strategi pengajaran.

Kaedah kajian:

Rekabentuk dan instrumen sampel ialah peserta kajian termasuklah 4 penulis artikel dan 12 orang pelatih daripada pelbagai bahagian universiti.
Instrumen kajian

1. Bagi data kualitatif - Melibatkan literature, temubual, dokumen kurikulum, rekod perbincangan kurikulum dan soal selidik terbuka. Jurnal, laporan projek kumpulan, dan dianalisis oleh kandungan analisis.

2. Bagi data kuantitatif – Dikumpulkan menggunakan Caring Behaviour Measurement (CBM) yang melibatkan 26 item dan merupakan tinjauan 2 dimensi yang menggunakan 4-point skala Licert (4=always, 3=normally, 2=seldom, 1 =never). 13 item mengukur keihklasan, empathy, dan hormat dan 13 item lagi mengukur sikap ‘caring’ professional. Penilaian daripada pesakit semasa latihan.

Prosedur

Dibahagikan kepada beberapa stage proses pembangunan kurikulum iaitu :

Stage Perancangan

Penyelidik menjemput sarjana dari institusi lain untuk meyampaikan seminar dan bengkel tentang konsep dan langkah-langkah ‘caring’.

Stage Rekabentuk

setiap pelatih mengambil satu unit kursus berdasarkan minat indidvidu dan membuat buku panduan yang mengandungi maklumat serta rujukan bahan dan buku ini akan dijadikan rujukan oleh pelatih sebagai bahan pengajaran.

Stage perlaksanaan

Melaksanakan strategi pengajaran bepusatkan pelajar yang mana melibatkan pensyarah, role model, dialog, kumpulan ‘caring’ latihan dalam kelas tentang kemahiran khusus, dan melakonkan sikap ‘caring’ di luar sekolah. Pelajar akan buat refleksi tentang pengalamn mereka dengan kawan dan pelatih.

Stage Penilaian

Dinilaikan berdasarkan 3 aspek pencapaian pelajar iaitu:
1. Pengetahuan ‘caring’, dinilai berdasarkan ujian bertulis, jurnal, dan laporan kumpulan
2. Sikap ‘caring’, dinilai berdasarkan jurnal dan penyertaan dalam kelas
3. Tabiat ‘caring’, dinilai berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Keputusan kajian dilihat dari segi:

1. Pembangunan kursus
2. Rekabentuk kursus
3. Perlaksanaan kursus
4. Penilaian kursus

Para pelajar melaporkan bahawa mereka telah diberikan kepercayaan, penerimaan, galakan estem kendiri, dan juga kesedaran tentang kemampuan dan pencapaian hasil daripada model yang digunakan. Model yang digunakan dalam kajian untuk kursus ini telah berjaya memberi maklumbalas yang positif di kalangan pelajar

AKTIVITI 10 : MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

,
RUJUKAN : Improving School Through Action Research: A Comprehensive Guide for Educators

Perkara yang paling penting sebelum sesuatu kajian tindakan dilakukan adalah pengenalpastian masalah atau isu. Ianya penting bagi menentukan fokus dan hala tuju kajian kerana dapat membantu pengkaji membuat perancangan tindakan dengan lebih rapi.

Menurut penulis buku Improving School Through Action Research: A Comprehensive Guide for Educators, kajian tindakan dilakukan hasil dari kehendak untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah atas dasar keprihatinan pengkaji iaitu guru berdasarkan:

Refleksi (reflection)

•Schön (1987) menyatakan 2 jenis refleksi iaitu reflection-on-action dan reflection-in-action. Reflection-on-action merupakan refleksi individu selepas tindakan dan pemikiran berlaku. Reflection-in-action pula merupakan refleksi semasa tindakan dijalankan.
•Killion & Todnem (1991) menambah model refleksi di atas dengan memasukkan reflection-for-action. Ia didefinisikan sebagai refleksi yang dilakukan hasil daripada reflection-on-action dan reflection-in-action.

Rearick & Feldman (1999) menjelaskan:

•Autobiographical reflection – adalah focus kepada kajian pengkaji berdasarkan cerita, kepercayaan dan nilai serta bagaimana ianya member kesan ke atas tindakan yang mereka ambil. Guru dapat memahami bahawa tindakannya merefleksi kepercayaan dan pengalamannya (Taggart & Wilson, 2005).
•Colaborative reflection – melibatkan pandangan pengamal kepada orang lain untuk meningkatkan kefahaman. Pengkaji perlu menganalsis dan mentafsirkan idea dan perspektif orang lain yang terlibat dalam kumpulan kolaboratif.

•Pengkaji perlu membuat refleksi dalam terma di mana tindakan akan diambil terhadap isu atau masalah untuk dibawa ke dalam kajian secara proaktif.
•Berdasarkan contoh-contoh yang telah diberikan oleh penulis, persoalan yang umum dan luas perlu dikhususkan untuk memfokus kepada tindakan dan hasil yang spesifik.
RUJUKAN:

Cher H. 2006. Improving Schools Through action Research: A Comprehensive Guide For Educators. Pearson Education, Inc, New Jersey.

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU (sambungan)

.
IMPROVING SCHOOLS THROUGH ACTION RESEARCH : A Comprehensive Guide For Educators.

Penulis: Cher Hendricks
Tahun terbitan: 2006
Penerbit: Upper Saddle River, New Jersey, Columbus, Ohio.

CONTENTS :
BAB 1: RESEARCH METHODS IN EDUCATION
BAB 2: GENERATING RESEARCH IDEAS THROUGH REFLECTION
BAB 3: CONNECTING THEORY AND ACTION: REVIEWING THE LITERATURE
BAB 4: INITIAL PLANNING OF THE ACTION RESEARCH STUDY
BAB 5: STRATEGIES FOR COLLECTING DATA
BAB 6: FINAL PLANNING BEFORE IMPLEMENTATION OF THE STUDY
BAB 7: STRATEGIES FOR DATA ANALYSIS
BAB 8: WRITING AND DISSEMINATING THE ACTION RESEARCH



BAB 1: RESEARCH METHODS IN EDUCATION

Bab inimenerangkan kepelbagaian kaedah metodologi kajian seperti kuantitatif, kualitatif dan kajian tindakan yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan berkenaan amalan pendidikan. Selain itu, bab ini menghuraikan jenis dan proses kajian tindakan yang boleh digunakan oleh pengkaji untuk mengkaji dan meningkatkankan amalan mereka.
Kajian tindakan diperkenalkan oleh Kurt Lewin sebagai satu proses untuk menyelidik isu di tempat kerja dan masalah sosial. Kajian tindakan asalnya sukar diterima sebagai kajian dalam pendidikan, namun kini ia digunakan sebagai cara untuk membuat kajian di dalam kelas dan dan sekolah untuk pemantapan sekolah. Kitaran proses mereflek – bertindak – penilaian dalam kajian tindakan dijelaskan. Terdapat faedah yang diperolehi melalui kajian tindakan dalam pendidikan antaranya meningkatkan profesion keguruan, menggalakkan kerjasama, dan memberi peluang kepada pengamal untuk menambah pengetahuan dalam bidang pendidikan.

BAB 2: GENERATING RESEARCH IDEAS THROUGH REFLECTION

Dalam bab ini menyatakan persoalan dalam bentuk reflektif digunakan dalam proses kajian tindakan. Terdapat beberapa jenis reflektif dan ianya boleh digunakan dalam kajian tindakan antaranya melalui pengalaman lepas, reflektif melalui jurnal dan perbualan dengan rakan setugas. Reflektif bertujuan untuk mencari focus dalam kajian yang akan dilakukan. Proses refleksi bukan sahaja boleh dilakukan dalam kajian tindakan, malah ia boleh dilakukan dalam amalan harian oleh pengamal pendidikan.

BAB 3: CONNECTING THEORY AND ACTION: REVIEWING THE LITERATURE

Bab ini menerangkan langkah-langkah untuk membuat kajian kepustakaan di mana ianya satu langkah yang amat penting dalam kajian tindakan yang membolehkan kita membuat perhubungan dengan apa yang kita perolehi daripada kajian lepas dengan apa yang akan dilakukan oeh pengkaji dalam kajian tindakannya kelak. Kajian kepustakaan boleh dilakukan dengan membuat carian dalam katalog di perpustakaan dan database dalam talian (online) untuk mencari sumber-sumber yang berkaitan dengan kajian. Penilaian dan pemilihan sumber rujukan, membuat pengertian berkenaan topik dan subtopik daripada bahan rujukan perlu dilakukan. Seterusnya, penggabungan maklumat dari setiap sumber yang diperolehi dan penyusunan maklumat dilakukan untuk menjadikan penulisan adalah berkesan.

BAB 4: INITIAL PLANNING OF THE ACTION RESEARCH STUDY

Bab ini memberikan maklumat mengenai langkah-langkah dalam proses melakukan kajian tindakan yang berlaku semaca perancangan awal. Pengkaji perlu mencari perhubungan antara persoalan pertama dan kedua dalam kajian, memilih peserta yang terlibat dalam kajian tindakan, merancang intervensi yang akan digunakan dan menimbangkan cara bagaimana kajian dilakukan.
Perancangan awal dalam kajian tindakan

1) Proses dijelaskan melalui persoalan kajian yang memberi fokus kepada tindakan dan hasil (Penjelasan persoalan kajian)• Menulis persoalan kajian utama berdasarkan kepada apa yang diperolehi dari kenyataan refleksi awal dan apa yang diperolehi dan dipelajari dari tinjauan literatur.

2) Menerangkan proses perancangan dan pelaksanaan intervensi yang akan digunakan. (Perancangan intervensi)• Jelas intervensi yang akan digunakan dan berkaitan dengan kajian literatur. Perancangan perlu terperinci supaya guru-guru yang lain atau pentadbir boleh membaca perancangan tersebut dan dan digunakan dalam setting mereka. Adalah sangat penting untuk memasukkan intervensi dan tempoh intervensi.

3) Huraikan proses memilih peserta kajian dan penyertaan dalam kolaborasi. (Peserta yang terlibat)• Siapa yang terlibat dalam kajian tindakan. Semua pelajar, sebuah kelas, satu kumpulan kecil pelajar, guru-guru, staf atau lain-lain. Ibu bapa juga boleh menjadi sebahagia n daripada sumber data. Perlu diingati pengkaji bukan hanya orang yang mengkaji dalam projeknya, tetapi juga merupakan peserta. Penetapan peserta kajian sangat penting agar dapat memastikan kajian ini lebih mudah untuk dikawal yang akan meningkatkan kebolehan untuk menguruskan kajian secara lebih berkesan.

4) Menyediakan aktiviti yang dipandu oleh seseorang melalui parancangan dan pelaksanaan bahagian kajian mereka (kolaborasi).
• Kemungkinan kolaborasi dengan individu di sekolah, mungkin juga rakan fakulti di universiti, atau pengajar dari lain-lain sekolah yang dirasakan boleh membantu dalam kajian.


BAB 5: STRATEGIES FOR COLLECTING DATA

Bab ini menyatakan kepentingan pemetaan sumber data untuk meningkatkan kredibiliti kajian tindakan.
• Data boleh dikumpulkan melalui 3 kategori iaitu:

1) Artifak (sesuatu yang dihasilkan oleh manusia)

Contoh artifak adalah seperti:
Student-generated ; teacher-made tests, ujian piawai, tugasan, penglibatan, projek, jurnal, penilaian kendiri dan peer review.
(Teknik ini boleh digunakan sekiranya kajian dijalankan dengan memfokuskan kepada pencapaian pelajar).

Teacher-generated; Rancangan pengajaran, jurnal guru, penilaian kendiri dan peer review.
(Teknik ini boleh digunakan oleh pentadbir yang memfokuskan kajian lebih kepada guru berbanding pelajar (contohnya menyelidik keberkesanan guru baru menguruskan program)).

Arkib (archived); Computer-generated reports, rekod sekolah dan dokumen.
(Teknik ini boleh digunakan jika ingin menggunakan rekod sekolah di dalam kajian. Pelbagai maklumat yang boleh diperolehi seperti laporan melalui komputer , kehadiran dan rekod disiplin atau skor ujian piawai yang mungkin sangat bernilai.


2) Data melalui pemerhatian (observational data)

Pemerhatian boleh membantu dalam menentukan mengapa sesuatu intervensi itu berjaya atau gagal dan bagaimana ianya mendatangkan kesan kepada kajian yang dijalankan. Contohnya seperti rakaman pemerhatian, log, senarai semak, catatan di kertas, videotape, photograf, audiotape, carta organisasi dan skala tingkahlaku. Penyelidik perlu menentukan cara terbaik untuk menggunakan pemerhatian dalam kajian tindakan. Mereka perlu pertimbangkan bagaimana data melalui pemerhatian akan digunakan dalam kajian tindakan, apa yang diinginkan melalui pemerhatian, siapa yang ingin diperhatikan dan apa peranan yang perlu dimainkan ketika pemerhatian.

3) Data inkuiri

Data inkuiri digunakan untuk mengumpul maklumat dari peserta tentang pengetahuan mereka, nilai, kepercayaan, pengalaman lepas, perasaan, pendapat, sikap dan persepsi. Dalam kajian tindakan, penyelidik juga peserta dalam membuat persepsi mengenai keberkesanan intervensi, cara intervensi boleh ditingkatkan dan juga maklum balas positif dan negatif dari intervensi. Contoh data inkuiri adalah seperti temubual, kumpulan fokus, persidangan, tinjauan atau soal selidik dan skala sikap.

BAB 6: FINAL PLANNING BEFORE IMPLEMENTATION OF THE STUDY

Dalam bab ini memerihalkan tentang etika semasa penyelidik melakukan kajian tindakan.

i. Penyelidik memerlukan kebenaran untuk menjalankan kajian tindakan sekiranya data yang dikumpul melibatkan peserta (manusia) yang akan disebarkan hasil kajian tersebut secara meluas.

ii. Sekiranya penyelidikan kajian tindakan dijalankan di sekolah atau sekolah dalam daerah (bukan kolej atau universiti) langkah pertama ialah dengan menghubungi pejabat dan bertanya berkaitan dengan proses untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan kajian. Perlu sediakan kertas kerja.

iii. Semua peserta mesti bersetuju untuk dicatatkan sebagai sebahagian daripada kajian. Jika kajian termasuk juga individu yang berumur kurang 18 tahun memerlukan kebenaran daripada ibu bapa

BAB 7: STRATEGIES FOR DATA ANALYSIS

Dalam bab ini, penekanan terhadap teknik analisis data diutarakan. Antara teknik analisis data yang dibincangkan ialah:

i. Interim data analysis (analisis data sementara)
Satu proses menganalisis data secara tidak formal. Semua data yang diperlukan dilihat dan difikirkan dengan teliti seterusnya membuat penukaran atau penambahan terhadap strategi jika dirasakan perlu.

ii. Menggunakan ‘packages software’ untuk menganalisis jumlah data yang besar
Analisis statistik dalam bentuk data quantitatif, SPSS, SAS, Minitab dan Excel boleh digunakan untuk melihat perbezaan statistik dan hubungan antara data. Sekiranya ingin menganalisis data qualitatif yang mempunyai jumlah yang besar antara contoh software yang boleh digunakan seperti Nvivo, QSR N6 (formerly NUD*IST) dan ATLAS.

iii. Analisis data quantitatif: Reporting, comparing & Displaying
Data quantitatif dihasilkan melalui skor ujian, rubric-scored work (penulisan tugasan, prestasi yang ditunjukkan, projek), closes-ended self-assessment items, laporan melalui komputer, rekod sekolah, senarai semak, kertas catatan (tally sheets), skala tingkah laku, skala sikap dan closed-ended survey items. Langkah untuk menganalisis data kuantitatif yang terdiri daripada laporan, perbandingan dan data yang dipamerkan. Langkah pertama dalam proses analisis ialah dengan melihat pelbagai sumber data dan tentukan yang mana boleh dianalisis secara kuantitatif. Kemudian ikut garis panduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh setiap jenis data yang digunakan. Dalam analisis ini data dicadangkan untuk dilaporkan dalam bentuk gambar rajah.

iv. Analisis data qualitatif : Looking for themes dan patterns (Melihat kepada tema dan corak)
Analisis data quantitatif adalah satu proses membuat atau memberikan makna dari sumber data yang boleh menerangkan/menjelaskan dalam bentuk nombor (interpreted in a number of ways). Sumber data qualitatif adalah seperti nota lapangan, logs, temubual, kumpulan fokus, persidangan, dokumen, jurnal dan open-ended items from survey, scales, penaksiran-kendiri dan peer reviews yang hanya boleh diterangkan dan digunakan untuk menjawab persoalan kajian selepas diperjelaskan. Proses ini memerlukan analisis data yang mendalam berbanding proses yang digunakan untuk menerangkan sumber data quantitatif. Shank’s menerangkan tema ini muncul adalah berkait rapat dengan apa yang berlaku sebenarnya dalam proses analisis: Tema tidak muncul secara jelas dari data. Selepas bekerja kuat dan berfikir secara kreatif maka akan wujud kesedaran dalam pemikiran pengkaji yang di sana adalah corak untuk melihat data dari pelbagai aspek.

v. Triangulating data sources and drawing conclusions from data (Sumber data triangulasi)
Teknik ini melibatkan analisis data daripada sumber atau responden yang berlainan. Analisis perbezaan tanggapan atau persepsi dari beberapa pihak yang biasanya melebihi tiga pihak adalah amat penting kerana responden yang berlainan melihat dan memberi tafsiran yang berlainan terhadap sesuatu perkara ataupun kejadian yang berlaku.


BAB 8: WRITING AND DISSEMINATING THE ACTION RESEARCH REPORT

Dalam bab ini memerihalkan bagaimana cara penulisan laporan kajian tindakan dilakukan. Dalam penulisan laporan kajian tindakan, format laporan dan isi kandungan amat ditekankan. Dapatan dalam kajian perlu disebarkan, untuk itu, penulisan laporan dapatan kajian tindakan amat lah penting.

- PELAPORAN KAJIAN :

1.Reflection 2.Literature Review 3.Purpose 4.Setting 5.Innovation
6.Method of data collection 7.Plan for increasing validity 8.Result of the study
9.Conclusions


PENILAIAN BUKU SECARA KESELURUHAN

Buku ini telah memberi penjelasan secara umum berkaitan dengan kajian dan kajian tindakan serta apa yang membezakan kajian tindakan dengan kajian-kajian yang lain. Secara keseluruhan buku ini dapat menerangkan dengan terperinci mengenai perjalanan kajian tindakan yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin mengaplikasikannya lebih-lebih lagi sebagai seorang guru. Namun pada peringkat awal, buku ini tidak menjelaskan secara terperinci berkaitan dengan model dan hanya menyarankan proses yang perlu dilalui dalam kajian tindakan yang mungkin juga berasaskan model-model yang disebutkan secara umum. Walaupun demikian, untuk proses-proses yang seterusnya terutamanya yang berkaitan dengan pengumpulan data, penganalisisan data telah diterangkan dengan terperinci. Hanya maklumat utama dicatatkan dalam tugasan ini berdasarkan apa yang difahami.

Thursday, November 19, 2009

AKTIVITI 9: MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN

Objektif:

• Menilai keberkesanan penggunaan puzzle dalam meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan.

• Menilai sama ada penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah subjek Sains dan Perdagangan.


Persoalan:

• Adakah penggunaan puzzle dapat meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan perdagangan?

• Adakah penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah dalam Sains dan Perdagangan?

AKTIVITI 8: CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH PENGAJARAN

PERDAGANGAN

• Guru terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu topik dan kemudian mengadakan aktiviti seperti penggunaan 'word puzzle' di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar leka dan kurang memahami topik yang di ajar.
• Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik.


SAINS

• Mengadakan aktiviti P&P yang lebih menarik seperti permainan, perbincangan, kuiz antara kumpulan untuk menarik minat pelajar mempelajari Sains tidak lagi hanya menggunakan kaedah kuliah.
• Permainan puzzle dapat membantu pelajar mengingati istilah-istilah sains
• Membantu pelajar memahami dan mengingati teori dengan baik melalui aktiviti “hands-on”.
• Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam menjalankan semua aktiviti bukan hanya sebahagian pelajar sahaja. Penggunaan puzzle diharapkan dapat menarik minat semua pelajar mengikuti aktiviti p&p.

AKTIVITI 7: KELEMAHAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN

PERDAGANGAN

• Topik pengajaran banyak melibatkan fakta
• Guru perlu memberi penerangan yang jelas disamping contoh yang bersesuaian
• Pelajar sukar untuk mengingat fakta
• Sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar.


SAINS

• Pelajar tidak menguasai bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris menyebabkan pelajar tidak memahami isi kandungan pelajaran.
• Pelajar tidak berminat mempelajari Sains kerana menganggap mata pelajaran tersebut adalah sukar.
• Pelajar sukar memahami teori.
• Ujikaji dalam makmal hanya banyak dilakukan oleh pelajar yang rajin dan pandai, pelajar lemah menganggap ianya sekadar ujikaji dan tidak serius ketika menjalankan ujikaji.
• Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah– menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.
• Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Sains.

AKTIVITI 6: KEKUATAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN

PERDAGANGAN

• Guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti mengikut kesesuaian topik
• Guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang didapati sebagai contoh bahan bantu mengajar
• Kandungan matapelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan (usahawan yang berjaya)
• Pelajar dapat melihat realiti keadaan di sekeliling melalui subjek Perdagangan
• Pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian


SAINS

• Pelajar sentiasa berhadapan dengan sains dalam kehidupan seharian.
• Guru boleh memberi contoh / menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
• Pendekatan kaedah pengajaran menggunakan bahan maujud dapat meningkatkan minat dan sifat ingin tahu pelajar.
• Guru juga boleh menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti dalam kumpulan, menjalankan ujikaji (eksperimen), simulasi, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP; menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan minat pelajar.
• Guru menyediakan aktiviti yang mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P.
• Guru menyediakan pengajaran berdasarkan pengalaman pelajar dalam kehidupan.

Friday, November 13, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM

PEMBENTANGAN 1

TAJUK PEMBENTANGAN:
Meningkatkan Penguasaan Huruf Hijaiyyah Dengan Menggunakan Pendekatan Talaqqi (Berhadapan Dengan Guru) Bagi Pelajar Bermasalah Pendengaran Tingkatan Lima Smpk Vokasional Shah Alam (P)

OLEH:
Nor Afsah Binti Md. Noor, Asparila Binti Che Mat dan Nawal Binti Samsudin

PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dijalankan kerana terdapat sebilangan besar pelajar tingkatan lima tidak dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan baik. pendekatan talaqqi diperkenalkan untuk membolehkan murid mengenal huruf hijaiyyah seterusnya menguasai pmbacaan dan penulisan jawi. Pengkaji akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar dan tahap pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pendekatan ini juga membolehkan pengkaji memberi tumpuan atau fokus yang lebih terhadap seseorang pelajar.



PEMBENTANGAN 2

TAJUK PEMBENTANGAN:
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENILAIAN PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA) MELALUI KAEDAH PENULISAN

OLEH:
Tengku Mohd Hamdan Bin Tengku Ibrahim & Anis Firdaus Bin Abd Majid

PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dijalankan adalah untuk mencari kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan perkara-perkara asas Fardhu Ain di kalangan pelajar dan kaedah yang mampu membantu pelajar untuk mengamalkan perkara-perkara asas Fardhu Ain tersebut dalam kehidupan.

AKTIVITI 4 : TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk mini kajian tindakan yang dipilih oleh kumpulan kami adalah :

Penggunaan Puzzle dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan dan Sains.

Puzzle digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam P&P mata pelajaran Perdagangan dan Sains semasa pengukuhan. Kebiasaannya guru akan memberikan lembaran kerja ataupun latihan kepada pelajar selepas pengajaran sesuatu topik sebagai pengukuhan. Keadaan ini kadangkala menimbulkan kebosanan dalam diri pelajar. Sesetengah pelajar pula masih tidak dapat memahami topik yang telah diajar oleh guru. Untuk itu, penggunaan Puzzle diharapkan dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk memahami topik yang dipelajari dan sebagai aktiviti pengayaan kepada pelajar.

AKTIVITI 5 : MENGAPA GURU PERLU MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru perlu melaksanakan kajian tindakan kerana :

1. Merupakan profesinal pendidik kerana kajian tindakan meletakkan pendidik bertanggungjawab meningkatkan amalan dan pembangunan profesianal pendidik.

2. Menggalakkan pendidik untuk berkerjasama secara berterusan.

3. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

4. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan mereka, menganalisis peranan mereka dari segi kekuatan dan kelemahan, mengambil tindakan yang wajar dan memantau kesannya. Ini memberi peluang guru menjadi agen perubahan.

5. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-amalan profesional mereka. Ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri guru sebagai kumpulan profesional dan dengan itu membaiki prestasi dan kepuasan kerja.

6. Mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru mempunyai peluang untuk membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik.

7. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

8. Mewujudkan teori baru yang boleh memperbaiki amalan dalam pendidikan dan untuk menyampaikan maklumat mengenai amalan-amalan tersebut kepada orang lain.

Kajian tindakan dilakukan oleh pendidik adalah untuk mewujudkan teori baru yang boleh memperbaiki amalan dalam pendidikan dan untuk menyampaikan maklumat mengenai amalan-amalan tersebut kepada orang lain.

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2 : ULASAN JURNAL

JURNAL 1

An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom
Courtney Kosky, West Virginia University
Reagan Curtis, West Virginia University


- Satu kajian yang dilaksanakan untuk melihat bagaimana seni boleh disepadukan dalam pendidikan sosial bagi meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar.

- Subjek yang terlibat adalah subjek pendidikan seni yang mana ia dihubungjalinkan bersama subjek pendidikan sosial. Pelajar akan diberikan tugasan atau projek untuk dilaksanakan dan dikehendaki membentangkan hasil dengan kreatif.

- Kajian ini dibuat oleh guru pratikal dan dibimbing oleh guru dan pensyarah sepanjang proses kajian dilaksanakan. Kajian dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitun sebanyak 20 masa P&P. Kajian ini ingin melihat pelajar bergiat aktif di dalam proses P&P yang dilakukan.


JURNAL 2


Action Research on the Development of a Caring Curriculum in Taiwan : Part II

- Artikel ini mempersembahkan pembangunan, rekabentuk. Perlaksanaan, dan penilaian terhadap kursus tahun 3 dalam ‘caring curriculum’ (kursus perlindungan atau penjagaan) yang di buat untuk program ijazah kejururawatan 5 tahun di Taiwan.

- Kursus yang bertajuk ‘Application of Caring Concept’ yang mana diajar kepada lebih daripada 800 pelajar oleh 16 pelatih yang direkrut daripada pelbagai bahagian. Pelatih-pelatih tersebut telah menghadiri bengkel dan seminar berkenaan kursus tersebut dan seterusnya membangunkan bahan-bahan kursus dan strategi pengajaran.

- Melaksanakan strategi pengajaran bepusatkan pelajar yang mana melibatkan pensyarah, role model, dialog, kumpulan ‘caring’ latihan dalam kelas tentang kemahiran khusus, dan melakonkan sikap ‘caring’ di luar sekolah. Pelajar akan buat refleksi tentang pengalamn mereka dengan kawan dan pelatih.

- Stage Penilaian : Dinilaikan berdasarkan 3 aspek pencapaian pelajar iaitu:
* Pengetahuan ‘caring’, dinilai berdasarkan ujian bertulis, jurnal, dan laporan kumpulan
* Sikap ‘caring’, dinilai berdasarkan jurnal dan penyertaan dalam kelas
* Tabiat ‘caring’, dinilai berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JURNAL SUHAIMILA:

JURNAL 1:
Mathematic Intervention: Second Grade Place Value Concept
Mary Ellen Schmidt
Department of Educational Theory and Practice
Ohio State University


• Mengkaji sama ada kelas intervensi membantu meningkatkan pencapaian pelajar Gred 2 dalam konsep place value.
• Menyediakan intervensi yang bersepadanan dengan kebolehan pelajar di dalam kelas.
• Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengalaman


JURNAL 2:
Activating Teachers’ Inquiry: Media Projects for Literacy Lesson (K-8)
Francine Falk-Ross
Pace University, Pleasantville, New York


• Menentukan keberkesanan pengintergrasian aktiviti media dalam kelas mengenal huruf.
• Media digunakan untuk mengembangkan elemen yang berbeza untuk menentukan kecekapan dalam aktiviti mengenal huruf.
• Pelbagai media membantu pembelajaran pelajar mengenal huruf


JURNAL 3:

Direct Instruction with Playful Skill Extensions: Action Research in Emergent Literacy Development.
Jean M. Keaton
Kindergarten Teacher, Tallahassee, Florida


•Mengkaji keberkesanan arahan terus yang diolah dalam perkembangan mengenal huruf dalam kelas tadika.
•Menggabungkan teknik lain dengan teknik arahan dalam pengajaran mengenal huruf.
•Pendekatan arahan terus yang dilakukan oleh guru diintegrasikan dengan pendekatan Peer Assisted Learning Strategies (PALS) yang sistematik.
•Pengintegrasian dikekalkan bagi mengekalkan tahap motivasi kanak-kanak tersebut.

AKTIVITI 1 : APA ITU KAJIAN TINDAKAN (BUKU KAJIAN TINDAKAN)

Tajuk Buku:

MENINGKATKAN SEKOLAH MELALUI KAJIAN TINDAKAN : Panduan Lengkap Untuk Pendidik

IMPROVING SCHOLLS THROUGH ACTION RESEARCH :A Comprehansive Guide For Educator
Penulis :
Cher Hendricks
(University Of West Georgia)

Tahun terbitan : 2006

Ketebalan: 215 muka surat

Penerbit :
Upper Saddle River, New Jersey, Columbus, Ohio.

----------------------------------------------------------------------------
1. Konsep Kajian Tindakan

Melalui buku yang ditulis oleh penulis, penulis menyatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri yang mana melalui kajian tindakan, penkaji akan menyelidik serta menilai kerja/kajian mereka. Kajian tindakan adalah berbeza dengan kajian-kajian lain walaupun kajian-kajian tersebut juga berbentuk kualitatif. Kajian tindakan melibatkan pengkaji berada di dalam situasi kajian.

Pengkaji terlibat secara langsung dalam suasana kajian dan akan melalui proses tertentu iaitu :
1. Refleksi
2. Tindakan atau pelaksanaan perancangan
3. Penilaian atau hasil tindakan

Kajian tindakan merupakan penyelidikan yang dijalankan selepas pemerhatian bagi mengenal pasti satu masalah dalam kerja individu atau persekitaran sekolah untuk meningkatkan amalan dalam pendidikan.

kajian dilakukan untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada berdasarkan peyelidikan yang dilakukan.

Ianya dijalankan oleh guru-guru, pentadbir sekolah dan kakitangan sokongan. Melakukan perubahan melalui penyelidikan

Tujuan kajian tindakan yang dilaksanakan adalah untuk membantu pihak guru, pentadbir sekolah dan staf sokongan dalam membantu dan meningkatkan hasil kerja mereka terhadap palajar dan sekolah. Melalui proses kajian tindakan mereka dapat menjana pengetahuan dalam melakukan amalan kerja harian dan berkongsi maklumat dalam melakukan perubahan yang diperlukan bagi meningkatkan kualiti sekolah.

Guru perlu melaksanakan kajian tindakan kerana :
1. Merupakan profesinal pendidik kerana kajian tindakan meletakkan pendidik bertanggungjawab meningkatkan amalan dan pembangunan profesianal pendidik.

2. Menggalakkan pendidik untuk berkerjasama secara berterusan.

3. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

Kajian tindakan dilakukan oleh pendidik adalah untuk mewujudkan teori baru yang boleh memperbaiki amalan dalam pendidikan dan untuk menyampaikan maklumat mengenai amalan-amalan tersebut kepada orang lain.

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL

JURNAL 1

Tajuk: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities In a Sixth Grade
Courtney Kosky, & Reagan Curtis, 2008, social studies classroom. Journal of Social Studies Research 32(1): 22-27.


Sampel Kajian:

Pelajar (650 orang) gred 6 dalam mata pelajaran social studies, sekolah West Virginia, US

Setting Kajian:

Dalam kelas (Classroom)

Prosedur Kajian :

Kajian ini dibuat oleh guru pratikal dan dibimbing oleh guru dan pensyarah sepanjang proses kajian dilaksanakan. Kajian dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitunsebanyak 20 masa P&P. Kajian ini ingin melihat pelajar bergiat aktif di dalam proses P&P yang dilakukan.

Metodologi:

Subjek yang terlibat adalah subjek pendidikan seni yang mana ia dihubungjalinkan bersama subjek pendidikan sosial. Pelajar akan diberikan tugasan atau projek untuk dilaksanakan dan dikehendaki membentangkan hasil dengan kreatif.

Pengumpulan Data:

Proses pengumpulan dilaksanakan dari masa ke semasa melalui kaedah temubual, catatan guru berkait rapat dengan tahap pelajar dan maklumbalas pelajar secara bertulis.

Analisis Data:

Bagi meningkatkan pengajaran selanjutnya, refleksi akan dilakukan dari di dalam kelas melalui komen bertulis pelajar dan penilaian terhadap pelajar melalui uajian dan tugasan yang diberi. Hasil dari refleksi tersebut ia akan digunakan untuk tindakan seterusnya.
Kesimpulan:

Secara keseluruhannya, kajian ini berkenaan dengan cara meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran



JURNAL 2

Action Research on the Development of a Caring Curriculum in Taiwan : Part II


Artikel ini mempersembahkan pembangunan, rekabentuk. Perlaksanaan, dan penilaian terhadap kursus tahun 3 dalam ‘caring curriculum’ (kursus perlindungan atau penjagaan) yang di buat untuk program ijazah kejururawatan 5 tahun di Taiwan. Kursus yang bertajuk ‘Application of Caring Concept’ yang mana diajar kepada lebih daripada 800 pelajar oleh 16 pelatih yang direkrut daripada pelbagai bahagian. Pelatih-pelatih tersebut telah menghadiri bengkel dan seminar berkenaan kursus tersebut dan seterusnya membangunkan bahan-bahan kursus dan strategi pengajaran.

Kaedah kajian (pengumpulan data):

Rekabentuk dan instrumen sampel ialah peserta kajian termasuklah 4 penulis artikel dan 12 orang pelatih daripada pelbagai bahagian universiti.
Instrumen kajian

1. Bagi data kualitatif - Melibatkan literature, temubual, dokumen kurikulum, rekod perbincangan kurikulum dan soal selidik terbuka. Jurnal, laporan projek kumpulan, dan dianalisis oleh kandungan analisis.

2. Bagi data kuantitatif – Dikumpulkan menggunakan Caring Behaviour Measurement (CBM) yang melibatkan 26 item dan merupakan tinjauan 2 dimensi yang menggunakan 4-point skala Licert (4=always, 3=normally, 2=seldom, 1 =never). 13 item mengukur keikhlasan, empathy, dan hormat dan 13 item lagi mengukur sikap ‘caring’ professional. Penilaian daripada pesakit semasa latihan.

Prosedur

Dibahagikan kepada beberapa stage proses pembangunan kurikulum iaitu :

Stage Perancangan

Penyelidik menjemput sarjana dari institusi lain untuk meyampaikan seminar dan bengkel tentang konsep dan langkah-langkah ‘caring’.

Stage Rekabentuk

setiap pelatih mengambil satu unit kursus berdasarkan minat indidvidu dan membuat buku panduan yang mengandungi maklumat serta rujukan bahan dan buku ini akan dijadikan rujukan oleh pelatih sebagai bahan pengajaran.

Stage perlaksanaan

Melaksanakan strategi pengajaran bepusatkan pelajar yang mana melibatkan pensyarah, role model, dialog, kumpulan ‘caring’ latihan dalam kelas tentang kemahiran khusus, dan melakonkan sikap ‘caring’ di luar sekolah. Pelajar akan buat refleksi tentang pengalamn mereka dengan kawan dan pelatih.

Stage Penilaian

Dinilaikan berdasarkan 3 aspek pencapaian pelajar iaitu:
1. Pengetahuan ‘caring’, dinilai berdasarkan ujian bertulis, jurnal, dan laporan kumpulan
2. Sikap ‘caring’, dinilai berdasarkan jurnal dan penyertaan dalam kelas
3. Tabiat ‘caring’, dinilai berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Analisis Data :
Keputusan kajian dilihat dari segi:

1. Pembangunan kursus
2. Rekabentuk kursus
3. Perlaksanaan kursus
4. Penilaian kursus

Para pelajar melaporkan bahawa mereka telah diberikan kepercayaan, penerimaan, galakan estem kendiri, dan juga kesedaran tentang kemampuan dan pencapaian hasil daripada model yang digunakan. Model yang digunakan dalam kajian untuk kursus ini telah berjaya memberi maklumbalas yang positif di kalangan pelajar.



JURNAL 3

Tajuk:

Using Critical Incidents To Promote and Assess Reflective Thinking In Preservice Teachers

Sampel kajian:

135 undergraduate preservice teacher

Setting kajian:

Midwestern, University

Prosedur Kajian:

Kajian ini dilakukan oleh guru-guru dalam pra perkhidmatan selama 6 minggu
kajian ini dianalisis oleh 3 orang panel iaitu untuk menilai:
1. Tahap kemampuan bahasa dan pemikiran
2. Kedudukan pertumbuhan dan penyelidikan
3. Kemahiran berfikir.

Metodologi

Menghuraikan dan menjelaskan sesuatu perkara kemudian mencari makna am dan pengelasan bagi perkara tersebut. Selepas itu mengambil kedudukan berkenaan dengan maksud umum seterusnya membuat tindakan yang perlu diambil.

Pengumpulan Data

135 orang dipilih oleh 28 orang guru pra perkhidmatan dalam satu tempoh selama 6 minggu. Pada akhir semester, mereka dapat membuat refleksi kendiri berdasarkan tanggapan mereka dalam menilai tahap kemahiran.

Analisis Data

Panel penilai terdiri daripada dua orang yang berpengalaman dalam program persediaan guru. Hasil penilaian peserta digunakan untuk meningkatkan kemajuan dalam pendidikan. Kursus untuk meningkatkan pembangunan pembangunan pendidikan diperlukan. Penilaian kepada peserta dilakukan oleh pensyarah dan mereka yang berpengalaman.

Kesimpulan.

Kajian ini bertujuan menentukan kesan-kesan Critical Incidents dan aktiviti pengajaran serta tahap keupayaan guru-guru dalam pra perkhidmatan dalam pendidikan. Kesimpulannya, Critical Incidents adalah salah satu cara yang baik dalam aktiviti pengajaran dan keupayaan guru-guru dalam pra perkhidmatan.


_____________________________________________________________________________________

TUGASAN KELAS : KONSEP KAJIAN TINDAKAN

1. Model Kajian Tindakan
Stephen Kemmis adalah pengasas pertama yang mengilhamkan model kajian tindakan yang melibatkan proses kitaran dua kali. Proses ini melibatkan empat fasa utama iaitu :

(i)refleksi
(ii)merancang
(iii)tindakan
(iv)pemantauan



Model Kajian Tindakan Ringkas oleh Kemmis (MacIsaac, 1995)

2. Model Kajian Tindakan Yang Lebih Kompleks
Seterusnya model kajian tindakan Kemmis di huraikan lagi ke bentuk yang lebih kompleks melibatkan 5 fasa yang berlainan iaitu :


(i) Diagnosis
(ii) Perancangan tindakan
(iii) Mengambil tindakan
(iv) Menilai
(v) Mengambil tindakan spesifik


Model Kajian Tindakan yang Kompleks
( Susman 1983)
Peringkat permulaan dimulakan dengan pengenalpastian masalah. Seterusnya data di kumpul bagi tujuan diagnostik. Seterusnya disusuli dengan cadangan kajian tindakan yang mungkin. Seterusnya data dikumpul dan dianalisis dan cadangan alternatif yang paling efektif di pilih berdasarkan hasil analisis. Penilaian di lakukan bagi mengenalpasti cadangan tindakan yang paling spesifik bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Proses ini sentiasa berkitar sehinggalah satu penyelesaian yang paling efektif di capai.

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Buku:

MENINGKATKAN SEKOLAH MELALUI KAJIAN TINDAKAN : Panduan Lengkap Untuk Pendidik

IMPROVING SCHOLLS THROUGH ACTION RESEARCH :A Comprehansive Guide For Educator

Penulis :
Cher Hendricks
(University Of West Georgia)

Tahun terbitan : 2006

Ketebalan: 215 muka surat

Penerbit :
Upper Saddle River, New Jersey, Columbus, Ohio.

----------------------------------------------------------------------------
1. Konsep Kajian Tindakan

Melalui buku yang ditulis oleh penulis, penulis menyatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri yang mana melalui kajian tindakan, penkaji akan menyelidik serta menilai kerja/kajian mereka. Kajian tindakan adalah berbeza dengan kajian-kajian lain walaupun kajian-kajian tersebut juga berbentuk kualitatif. Kajian tindakan melibatkan pengkaji berada di dalam situasi kajian.

Pengkaji terlibat secara langsung dalam suasana kajian dan akan melalui proses tertentu iaitu :
1. Refleksi
2. Tindakan atau pelaksanaan perancangan
3. Penilaian atau hasil tindakan

Kajian tindakan merupakan penyelidikan yang dijalankan selepas pemerhatian bagi mengenal pasti satu masalah dalam kerja individu atau persekitaran sekolah untuk meningkatkan amalan dalam pendidikan.

kajian dilakukan untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada berdasarkan peyelidikan yang dilakukan.

Ianya dijalankan oleh guru-guru, pentadbir sekolah dan kakitangan sokongan. Melakukan perubahan melalui penyelidikan

Tujuan kajian tindakan yang dilaksanakan adalah untuk membantu pihak guru, pentadbir sekolah dan staf sokongan dalam membantu dan meningkatkan hasil kerja mereka terhadap palajar dan sekolah. Melalui proses kajian tindakan mereka dapat menjana pengetahuan dalam melakukan amalan kerja harian dan berkongsi maklumat dalam melakukan perubahan yang diperlukan bagi meningkatkan kualiti sekolah.

Guru perlu melaksanakan kajian tindakan kerana :
1. Merupakan profesinal pendidik kerana kajian tindakan meletakkan pendidik bertanggungjawab meningkatkan amalan dan pembangunan profesianal pendidik.

2. Menggalakkan pendidik untuk berkerjasama secara berterusan.

3. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

Kajian tindakan dilakukan oleh pendidik adalah untuk mewujudkan teori baru yang boleh memperbaiki amalan dalam pendidikan dan untuk menyampaikan maklumat mengenai amalan-amalan tersebut kepada orang lain.


3. Reka Bentuk Kajian

Dalam aspek reka bentuk kajian, saya akan menyentuh mengenai tiga poin utama iaitu:

Model
Sampel / Peserta Kajian
Seting Kajian (Persekitaran Kajian)


4. Prosedur Kajian Tindakan

Prosedur kajian tindakan dihuraikan oleh penulis melalui bab 4 – 7. Saya merumuskan Dalam buku ini, penulis menghuraikan prosedur kajian tindakan dalam prosedur tersebut seperti berikut :

Perancangan awal

Dimulakan dengan proses perancangan di mana pengkaji memikirkan mengenai beberapa aspek iaitu :
1. Menetapkan satu set soalan atau permasalahan yang wujud berdasar refleksi yang diperolehi pada peringkat awal kajian.
2. Mengilustrasikan proses perancangan dan perlaksanaan yang difikirkanboleh digunakan unttuk proses kajian tindakan.
3. Menerangkan proses perancangan yang di pilih kepada semua dan mengharapkan kerjasama dari semua yang terlibat.

Pelan tindakan

Buku ini menekankan pengkaji mengetahui mengenai apa yang terlibat dalam fasa tindakan iaitu idea, kefahaman dan soalan-soalan mengenai kajian yang akan dijalankan.

Pengumpulan & Penganalisisan Data

5. Penilaian keseluruhan

p/s : ULASAN BUKU MASIH DALAM PROSES PEMURNIAN, MAKLUMAT AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA

Wednesday, November 4, 2009

AKTIVITI 3 : ULASAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN

TUGASAN 3 ( ii ) : PEMBENTANGAN 2

TAJUK PEMBENTANGAN:
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENILAIAN PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA) MELALUI KAEDAH PENULISAN

OLEH:
Tengku Mohd Hamdan Bin Tengku Ibrahim & Anis Firdaus Bin Abd Majid

PENYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan adalah untuk mencari kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan perkara-perkara asas Fardhu Ain di kalangan pelajar dan kaedah yang mampu membantu pelajar untuk mengamalkan perkara-perkara asas Fardhu Ain tersebut dalam kehidupan.

METODOLOGI KAJIAN

Proses menjalankan setiap gelung bagi kajian tindakan adalah mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1998). Menurut model ini, kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat atau langkah iaitu:
Peringkat I : Refleksi (Reflect)
Peringkat II : Merancang (Plan)
Peringkat III : Bertindak (Act)
Peringkat IV : Memerhati(Observe)

SETTING KAJIAN
Kajian ini dibuat melalui ujian PAFA yang dijalankan terhadap pelajar secara ujian secara formal dan mengikut format sebenar ujian.

SAMPEL KAJIAN

Kajian ini melibatkan 32 orang pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (P), Selangor. Mereka terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Kajian ini menggunakan kaedah ujian dan temubual untuk mengumpulkan data.
Temubual :
Pelajar : Secara ringkas pelajar menyatakan bahawa teknik yang digunakan ini sedikit sebanyak mampu untuk menguatkan ingatan mereka terhadap perkara asas fardu ain seperti bab solat. Setiap yang ditulis sebenarnya mampu untuk menguatkan ingatan mereka berbanding dengan kaedah hafalan dan lisan.

Guru : 2 orang guru Pendidikan Islam yang ditemubual untuk mendapatkan pandangan tentang kaedah ini menyatakan bahawa pendekatan ini sangat berkesan namun ianya melibatkan masa yang agak terhad dan keterikatan dengan kaedah perlaksanaan yang diselaraskan adalah untuk memudahkan guru.

IMPLIKASI KAJIAN
Pemerhatian dilakukan dan didapati pelajar pada peringkat awal menunjukkan minat untuk menjawab kerana ianya menggunakan kaedah yang berbeza. 16 daripada 32 pelajar atau hampir 47% mampu untuk menjawab dengan betul. Jawapan yang diberikan berbentuk penulisan menggambarkan minat yang tinggi untuk menjawab dan ianya merupakan sesuatu yang baru bagi mereka. Keseluruhan pelajar cuba untuk menjawab walaupun jawapan yang berbeza dan bukan mengikut format jawapan PAFA.

MANFAAT PERKONGSIAN ILMU MELALUI KAJIAN TINDAKAN
Pada pendapat saya, kajian ini menepati kajian tindakan untuk seorang guru. di samping itu saya dapat menimba ilmu bahawa satu kaedah berbentuk amali atau secara pratikal sangat sesuai dalam kebanyakan proses pembelajaran. Teknik perlu difikirkan sesuai dengan kehendak dan minat pelajar agar proses P&P lebih berkesan.

DISEDIAKAN OLEH,
Mohd Fadzli Bin Samsudin
P52024 DPLI UKM 09

AKTIVITI 3 :ULASAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN

TUGASAN 3 ( i ) : PEMBENTANGAN 1

TAJUK PEMBENTANGAN:
Meningkatkan Penguasaan Huruf Hijaiyyah Dengan Menggunakan Pendekatan Talaqqi (Berhadapan Dengan Guru) Bagi Pelajar Bermasalah Pendengaran Tingkatan Lima Smpk Vokasional Shah Alam (P)

OLEH:

Nor Afsah Binti Md. Noor, Asparila Binti Che Mat dan Nawal Binti Samsudin

PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dijalankan kerana terdapat sebilangan besar pelajar tingkatan lima tidak dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan baik. pendekatan talaqqi diperkenalkan untuk membolehkan murid mengenal huruf hijaiyyah seterusnya menguasai pmbacaan dan penulisan jawi. Pengkaji akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar dan tahap pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pendekatan ini juga membolehkan pengkaji memberi tumpuan atau fokus yang lebih terhadap seseorang pelajar.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini dijalankan dengan melalui langkah seperti berikut :
Pemerhatian : Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengenal dan mengingat huruf-huruf hijaiyyah.
Masalah Berbangkit : Pelajar tidak menguasai huruf hijaiyyah kerana mata pelajaran jawi tidak diajar. Malahan mata pelajaran pendidikan Islam turut diajar dalam bahasa Melayu.
Perancangan : Pengkaji menjalankan kelas jawi selepas waktu persekolahan. Sekiranya pendekatan pengajaran ini tidak berkesan, pengkaji akan memperkenalkan pendekatan talaqqi.
Tindakan : Pengkaji mengajar seramai 15 orang pelajar secara bergilir-gilir dan membuat penilaian terhadap penguasaan pelajar terhadap pengajaran yang dilakukan.

Pengkaji membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan dan setiap 5 orang pelajar seorang guru yang akan memantau dan mengajar mereka. Pengajaran dilakukan secara berdepan dengan pelajar agar guru dapat memantau pelajar yang lemah ingatannya dalam mengingat huruf-huruf hijaiyyah. Ujian diberikan selepas beberapa kali pengajaran dijalankan untuk menilai tahap ingatan dan penguasaan para pelajar.

SETTING KAJIAN
Kajian ini dibuat di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (P), Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan selama satu bulan.

SAMPEL KAJIAN
Kajian ini melibatkan 15 orang pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (P), Selangor. Mereka terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data. Data yang telah didapati kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.
Pemerhatian : Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian untuk membandingkan reaksi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian ini juga digunakan untuk melihat perubahan tingkah laku dan tumpuan pelajar apabila diperkenalkan dua jenis pendekatan.
Rakaman Video : Pengkaji merakam reaksi dan penglibatan pelajar sepanjang sesi pengajaran secara ramai dan berhadapan dengan guru. Rakaman video digunakan bertujuan untuk melihat reaksi dan penglibatan murid terhadap pendekatan talaqqi bagi penguasaan huruf hijaiyyah yang digunakan di dalam kelas.
Ujian Formatif : Penyelidik menyediakan ujian di mana para pelajar perlu mengisi tempat kosong bagi menguji penguasaan pelajar pada setiap kitaran.
Pelajar akan menjawab set soalan yang sama pada setiap kitaran. Akhir sekali, jawapan pelajar akan dikumpulkan dan dianalisis bagi melihat sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam huruf hijaiyyah.Seterusnya peratus pelajar yang menjawab soalan dengan betul akan dibandingkan di antara kitaran 1 dengan kitaran 2.
Temubual : Kaedah ini akan dijalankan kepada guru Pendidikan Islam.
- Bagaimanakah tahap pembacaan jawi di kalangan pelajar
- Bagaimana pencapaian prestasi akademik pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam?
- Adakah para pelajar dapat mengenal huruf-huruf jawi (hijaiyyah) dengan baik?

IMPLIKASI KAJIAN
Setelah penyellidik membuat analisis terhadap ujian formatif yang dijalankan, pengkaji mendapati proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan talaqqi yang diperkenalkan kepada pelajar telah memberi kesan yang positif. Ia dapat dilihat melalui analisis pencapaian ujian formatif sebelum dan selepas diperkenalkan pendekatan talaqqi.

MANFAAT PERKONGSIAN ILMU
Pada pendapat saya, kajian ini menepati ciri-ciri kajian tindakan. Selain itu, Saya dapat menimba ilmu bahawa satu kaedah kreatif diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dengan melaksanakan sesuatu teknik yang memerlukan komitmen yang tinggi dari guru. Sebagai seorang guru, perhatian terhadap murid perlu diadaptasikan dengan kemampuan dan kebolehan pelajar yang terlibat.

DISEDIAKAN OLEH,

Mohd Fadzli Bin Samsudin
P52024 DPLI UKM 09

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS : 10 SEBAB MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?

1. MEMBENTUK KERJA BERKUALITI - Dengan melakukan kajian, kualiti kerja dapat ditingkatkan dengan membaiki kelemahan yang wujud.

2. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI - Meningkatkan pengetahuan dengan menyerlahkan kewibawaan dan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

3. MEMPELBAGAIKAN KAEDAH MENGAJAR - Hasil kajian akan dapat mempelbagaikan kaedah dan teknik selari dengan keperluan dan akan membuahkan hasil yang hebat.

4. MEMANTAPKAN KOMUNIKASI DAN INTERAKSI - Hasil kajian membantu guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan serta menyampai isi pengajaran dengan cara yang terbaik.

5. MEMBINA KEYAKINAN GURU - Dengan mengetahui punca-punca kelemahan yang wujud hasil dari kajian guru dapat meningkat keyakinan diri dengan mengatasi kelamahan tersebut.

6. SUMBER PENGAJARAN - Hasil kajian diharapkan dapat menyediakan sumber ilmu dan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

7. MEMBENTUK MATLAMAT JITU - Setiap kajian akan menetapkan metlamat kajian selari dengan matlamat pengajaran. oleh itu, guru akan lebih jelas dengan sesuatu tindakan di kelas.

8. MEMBAIKI TINGKAHLAKU GURU - Hasil kajian akan membetulkan tindakan guru agar mengikut arus keperluan pengajaran dan pembelajaran.

9. SALURAN KREATIF - Dengan melaksanakan kajian, guru akan lebih kreatif dalam kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

10. MEMBENTUK KARISMA POSITIF - Dengan sesuatu kajian yang dilaksanakan akan membentuk kredibiliti dan penampilan yang mampan dihati setiap pendidik.

p/s : Sumber di atas adalah idea penulis, sebarang komen dan penambaikan dialu-alukan.