? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 19, 2009

AKTIVITI 9: MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN

Objektif:

• Menilai keberkesanan penggunaan puzzle dalam meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan.

• Menilai sama ada penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah subjek Sains dan Perdagangan.


Persoalan:

• Adakah penggunaan puzzle dapat meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan perdagangan?

• Adakah penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah dalam Sains dan Perdagangan?

AKTIVITI 8: CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH PENGAJARAN

PERDAGANGAN

• Guru terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu topik dan kemudian mengadakan aktiviti seperti penggunaan 'word puzzle' di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar leka dan kurang memahami topik yang di ajar.
• Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik.


SAINS

• Mengadakan aktiviti P&P yang lebih menarik seperti permainan, perbincangan, kuiz antara kumpulan untuk menarik minat pelajar mempelajari Sains tidak lagi hanya menggunakan kaedah kuliah.
• Permainan puzzle dapat membantu pelajar mengingati istilah-istilah sains
• Membantu pelajar memahami dan mengingati teori dengan baik melalui aktiviti “hands-on”.
• Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam menjalankan semua aktiviti bukan hanya sebahagian pelajar sahaja. Penggunaan puzzle diharapkan dapat menarik minat semua pelajar mengikuti aktiviti p&p.

AKTIVITI 7: KELEMAHAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN

PERDAGANGAN

• Topik pengajaran banyak melibatkan fakta
• Guru perlu memberi penerangan yang jelas disamping contoh yang bersesuaian
• Pelajar sukar untuk mengingat fakta
• Sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar.


SAINS

• Pelajar tidak menguasai bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris menyebabkan pelajar tidak memahami isi kandungan pelajaran.
• Pelajar tidak berminat mempelajari Sains kerana menganggap mata pelajaran tersebut adalah sukar.
• Pelajar sukar memahami teori.
• Ujikaji dalam makmal hanya banyak dilakukan oleh pelajar yang rajin dan pandai, pelajar lemah menganggap ianya sekadar ujikaji dan tidak serius ketika menjalankan ujikaji.
• Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah– menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.
• Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Sains.

AKTIVITI 6: KEKUATAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN

PERDAGANGAN

• Guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti mengikut kesesuaian topik
• Guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang didapati sebagai contoh bahan bantu mengajar
• Kandungan matapelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan (usahawan yang berjaya)
• Pelajar dapat melihat realiti keadaan di sekeliling melalui subjek Perdagangan
• Pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian


SAINS

• Pelajar sentiasa berhadapan dengan sains dalam kehidupan seharian.
• Guru boleh memberi contoh / menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
• Pendekatan kaedah pengajaran menggunakan bahan maujud dapat meningkatkan minat dan sifat ingin tahu pelajar.
• Guru juga boleh menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti dalam kumpulan, menjalankan ujikaji (eksperimen), simulasi, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP; menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan minat pelajar.
• Guru menyediakan aktiviti yang mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P.
• Guru menyediakan pengajaran berdasarkan pengalaman pelajar dalam kehidupan.

Friday, November 13, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM

PEMBENTANGAN 1

TAJUK PEMBENTANGAN:
Meningkatkan Penguasaan Huruf Hijaiyyah Dengan Menggunakan Pendekatan Talaqqi (Berhadapan Dengan Guru) Bagi Pelajar Bermasalah Pendengaran Tingkatan Lima Smpk Vokasional Shah Alam (P)

OLEH:
Nor Afsah Binti Md. Noor, Asparila Binti Che Mat dan Nawal Binti Samsudin

PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dijalankan kerana terdapat sebilangan besar pelajar tingkatan lima tidak dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan baik. pendekatan talaqqi diperkenalkan untuk membolehkan murid mengenal huruf hijaiyyah seterusnya menguasai pmbacaan dan penulisan jawi. Pengkaji akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar dan tahap pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pendekatan ini juga membolehkan pengkaji memberi tumpuan atau fokus yang lebih terhadap seseorang pelajar.



PEMBENTANGAN 2

TAJUK PEMBENTANGAN:
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENILAIAN PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA) MELALUI KAEDAH PENULISAN

OLEH:
Tengku Mohd Hamdan Bin Tengku Ibrahim & Anis Firdaus Bin Abd Majid

PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dijalankan adalah untuk mencari kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan perkara-perkara asas Fardhu Ain di kalangan pelajar dan kaedah yang mampu membantu pelajar untuk mengamalkan perkara-perkara asas Fardhu Ain tersebut dalam kehidupan.

AKTIVITI 4 : TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk mini kajian tindakan yang dipilih oleh kumpulan kami adalah :

Penggunaan Puzzle dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan dan Sains.

Puzzle digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam P&P mata pelajaran Perdagangan dan Sains semasa pengukuhan. Kebiasaannya guru akan memberikan lembaran kerja ataupun latihan kepada pelajar selepas pengajaran sesuatu topik sebagai pengukuhan. Keadaan ini kadangkala menimbulkan kebosanan dalam diri pelajar. Sesetengah pelajar pula masih tidak dapat memahami topik yang telah diajar oleh guru. Untuk itu, penggunaan Puzzle diharapkan dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk memahami topik yang dipelajari dan sebagai aktiviti pengayaan kepada pelajar.

AKTIVITI 5 : MENGAPA GURU PERLU MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru perlu melaksanakan kajian tindakan kerana :

1. Merupakan profesinal pendidik kerana kajian tindakan meletakkan pendidik bertanggungjawab meningkatkan amalan dan pembangunan profesianal pendidik.

2. Menggalakkan pendidik untuk berkerjasama secara berterusan.

3. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

4. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan mereka, menganalisis peranan mereka dari segi kekuatan dan kelemahan, mengambil tindakan yang wajar dan memantau kesannya. Ini memberi peluang guru menjadi agen perubahan.

5. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-amalan profesional mereka. Ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri guru sebagai kumpulan profesional dan dengan itu membaiki prestasi dan kepuasan kerja.

6. Mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru mempunyai peluang untuk membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik.

7. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

8. Mewujudkan teori baru yang boleh memperbaiki amalan dalam pendidikan dan untuk menyampaikan maklumat mengenai amalan-amalan tersebut kepada orang lain.

Kajian tindakan dilakukan oleh pendidik adalah untuk mewujudkan teori baru yang boleh memperbaiki amalan dalam pendidikan dan untuk menyampaikan maklumat mengenai amalan-amalan tersebut kepada orang lain.